Seiring dengan penubuhan Sekolah Kebangsaan Banang Jaya pada 01 Januari 2005. unit pengurusan buku teks dahulunya dikenali sebagai Unit Skim Pinjaman SPBT Sekolah telah diwujudkan bagi membantu agihan buku teks kepada murid-murid.
Diawal penubuhan sekolah ini, sebuah bilik bersaiz 1 bay telah diperuntukkan untuk menyelia pengagihan buku-buku teks di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia. Seorang guru penyelaras (Pn. Rusiah Binti Sulaiman) telah dilantik untuk menyelia agihan buku-buku teks tersebut.
![]() |
PN. RUSIAH BT. SULAIMAN |
Bilik SPBT ini terletak di tingkat bawah bangunan blok A. Keadaan bilik ini bersih dan kemas di bawah kendalian beberapa orang guru penyelaras SPBT yang silih berganti. Sebuah lagi bilik yang berukuran sama telah diperuntukkan kepada unit SPBT sebagai bilik pelupusan buku-buku SPBT.
Bermula tahun 2007, bilik SPBT telah dinaik taraf sebagai Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS). BOSS bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.
MISI
- Bertekad meningkatkan kesedaran menghargai ilmu dan menyayangi ilmu dan menyayangi buku
- Ke arah penggunaan ICT dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT
OBJEKTIF
- Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa.
- Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka.