SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum wm. wb. dan Salam sejahtera.

Saya merakam ucapan jutaan terima kasih dan syabas kepada Unit SPBT kerana berjaya mengendalikan Laman Web ini. Kepada pengunjung-pengunjung, saya ucapkan selamat datang dan merasa gembira apabila melayari laman ini. Semoga saudara saudari semua dapat mengenali Sekolah Kebangsaan Banang Jaya dan warganya dengan lebih dekat lagi. "Tak kenal maka tak cinta" dah kenal bertambah mesra. Apabila sudah saling kenal mengenal, maka lebih mudahlah untuk kita menyelesaikan banyak perkara dan permasalahan jika ada. Melalui perkongsian ilmu, pengetahuan, pengalaman, kemahiran juga kepakaran, kita akan buat banyak penambahbaikan untuk lebih keberkesanan terutama dalam hal-hal pembelajaran murid dan pengajaran guru.

Era Teknologi masa kini sangat banyak membantu, terutama kepada murid-murid dan ibu bapa di rumah. Proses pembelajaran bukan sahaja berlangsung di dalam bilik darjah, malah boleh berlaku secara tidak langsung di luar bilik darjah asalkan kita dapat mengakses maklumat yang begitu banyak tersebar secara meluas.

PERATURAN




PERATURAN PENGGUNAAN BUKU SPBT 

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar mestilah mematuhi syarat-syarat peraturan pinjaman yang telah ditetapkan oleh Unit SPBT sekolah sebagaimana berikut:
  1. Menulis nama di ruang yang disediakan pada setiap buku.
  2. Membalut buku dengan pembalut plastik lutsinar.
  3. Tidak meninggalkan buku di merata-rata tempat dan di bilik darjah sewaktu lepas sekolah atau cuti persekolahan.
  4. Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain.
  5. Memastikan buku sentiasa berada di dalam keadaan baik.
  6. Mengganti balik buku-buku yang hilang dengan harga buku teks.
  7. Menghantar buku tepat pada tarikh yang ditetapkan.
 
PERATURAN PENGGUNAAN BOSS

  1. Hanya guru-guru dan pengawas SPBT dibenarkan menggunakan BOSS dan kemudahan yang disediakan.
  2. Kemudahan komputer hendaklah di awasi oleh dan penggunaan persendirian hendaklah direkodkan.Sebarang cetakan persendirian hendaklah menggunakan kertas sendiri.
  3. Tanggalkan kasut dan susun dengan kemas.
  4. Penggunaan bilik semasa waktu pembelajaran hanya dibenarkan jika ada urusan segera dan mesti diiringi guru.Penggunaan bilik selepas waktu persekolahan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada guru serta direkodkan.
  5. Pastikan alat penghawa dingin dan suis lampu dan kipas ditutup sebelum meninggalkan BOSS.
  6. Kemas dan sapu sebelum beredar pada akhir waktu penggunaan.
  7. Letak semula alatulis, fail dan lain-lain peralatan yang telah digunakan di tempat asal.
  8. Dilarang membuat bising atau berbual-bual kosong tanpa membuat kerja-kerja BOSS atau mengulangkaji.
  9. Pulangkan kunci pada pagi berikutnya setelah digunakan.

TANGGUNGJAWAB GURU SPBT

  1. Menjadi Setiausaha kepada AJK kelayakan murid, AJK Lembaga Pemeriksa Pelupusan buku teks sekolah
  2. Mengurus bilik BOSS
  3. Merancang dan mengurus baik pulih buku teks
  4. Mengedar,mengumpul dan menyemak borang SPBT 1/1 A
  5. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas buku teks
  6. Mengurus dan mengemaskini semua fail dan buku stok
  7. Menjadi Penasihat Kelab  SPBT sekolah
  8. Menerima dan menyemak bekalan buku teks dan tandatangan Nota Serah
  9. Menghayati,mematuhi dan melaksanakan semua arahan buku teks
  10. Membuat permohonan keperluan buku teks SPBT
  11. Merancang dan mengurus baik pulih buku teks
  12. Menyediakan data enrolmen murid dan murid layak
  13. Melaporkan kepada GPK HEM/GPK/Penyelia petang masalah berkaitan buku teks
  14. Menyelaras pengisian borang SPBT G
  15. Menguruskan pelupusan buku teks
  16. Menguruskan gantian buku teks yang hilang/dirosakkan
  17. Memastikan buku SPBT dicop dengan cop SPBT dan dicatat tarikh penerimaan.