SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum wm. wb. dan Salam sejahtera.

Saya merakam ucapan jutaan terima kasih dan syabas kepada Unit SPBT kerana berjaya mengendalikan Laman Web ini. Kepada pengunjung-pengunjung, saya ucapkan selamat datang dan merasa gembira apabila melayari laman ini. Semoga saudara saudari semua dapat mengenali Sekolah Kebangsaan Banang Jaya dan warganya dengan lebih dekat lagi. "Tak kenal maka tak cinta" dah kenal bertambah mesra. Apabila sudah saling kenal mengenal, maka lebih mudahlah untuk kita menyelesaikan banyak perkara dan permasalahan jika ada. Melalui perkongsian ilmu, pengetahuan, pengalaman, kemahiran juga kepakaran, kita akan buat banyak penambahbaikan untuk lebih keberkesanan terutama dalam hal-hal pembelajaran murid dan pengajaran guru.

Era Teknologi masa kini sangat banyak membantu, terutama kepada murid-murid dan ibu bapa di rumah. Proses pembelajaran bukan sahaja berlangsung di dalam bilik darjah, malah boleh berlaku secara tidak langsung di luar bilik darjah asalkan kita dapat mengakses maklumat yang begitu banyak tersebar secara meluas.

FALSAFAH





Ke arah mewujudkan sebuah bilik SPBT yang kondusif, pengurusan SPBT yang cemerlang dan murid yang gemilang dalam semua aspek.  Usaha ini bertujuan  untuk melahirkan insan yang berilmu, berketerampilan dan mempunyai daya juang yang tinggi untuk mencapai wawasan Negara