SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum wm. wb. dan Salam sejahtera.

Saya merakam ucapan jutaan terima kasih dan syabas kepada Unit SPBT kerana berjaya mengendalikan Laman Web ini. Kepada pengunjung-pengunjung, saya ucapkan selamat datang dan merasa gembira apabila melayari laman ini. Semoga saudara saudari semua dapat mengenali Sekolah Kebangsaan Banang Jaya dan warganya dengan lebih dekat lagi. "Tak kenal maka tak cinta" dah kenal bertambah mesra. Apabila sudah saling kenal mengenal, maka lebih mudahlah untuk kita menyelesaikan banyak perkara dan permasalahan jika ada. Melalui perkongsian ilmu, pengetahuan, pengalaman, kemahiran juga kepakaran, kita akan buat banyak penambahbaikan untuk lebih keberkesanan terutama dalam hal-hal pembelajaran murid dan pengajaran guru.

Era Teknologi masa kini sangat banyak membantu, terutama kepada murid-murid dan ibu bapa di rumah. Proses pembelajaran bukan sahaja berlangsung di dalam bilik darjah, malah boleh berlaku secara tidak langsung di luar bilik darjah asalkan kita dapat mengakses maklumat yang begitu banyak tersebar secara meluas.

KELAB SPBT



" RAKAN BUKU RAKAN ILMU "


PENDAHULUAN

Kelab SPBT mula ditubuhkan sejajar dengan penubuhan BOSS, SKBJ iaitu pada tahun 2005. Penubuhannya adalah bertujuan untuk membantu pengurusan dan perlaksanaan SPBT sekolah dengan lebih lancar dan berkesan. Justeru, ianya secara tidak langsung akan dapat memupuk sikap cintakan buku seterusnya memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu.

VISI

Menjadi sebuah kelab yang ahlinya sentiasa bersikap positif selaras dengan rukun Negara

MISI

Melahirkan pengawas dan AJK SPBT yang mahir dan pengurusan SPBT dan berketrampilan

JAWATANKUASA KELAB SSPBT 2015



Penaung
En. Rahmat B. Atan
(Guru Besar SKBJ)


Penasihat
En. Azizan B. Musa
(GPK HEM)

Guru Penasihat Kelab
Pn. Norsuriati Binti Abd. Aziz 
En. Mohd. Saufi B. Mahmood



Pengerusi
Mohd Izzham B. Mohd Muslim

Naib Pengerusi
Mohd Fitri B. Zainal Abidin

Setiausaha
Fatin Qistina

Ahli Jawatankuasa

AJK Biro Data & Rekod
Alia Maisara Bt. Abd Hamid
Nur Lina Khalidah Bt. Razali
Mohd. Shahmin Fariz B. Mohd Yusof


AJK Biro Keceriaan
Irdiena Irdahahannie Bt. Iskandar
Nurul Allia Natasha Bt. Ronzi
Nadhirah Bt. Abdullah


AJK Biro Pengurusan
Siti Norernanafisah Bt. Darus
Ana Fathin Umaira Bt. Fazilah
Mohd. Syazwan B. Khirunnizam


AJK Biro Seliaan
Mohd Thaqif Mirza B. Sulaiman
Muhd. Izzul Ikhwan B. Maruman
Nurul Nazatul Nabilah

OBJEKTIF

  • Melatih ahli dengan kemahiran pengurusan SPBT.
  • Melengkapkan ahli dengan kemahiran kepimpinan supaya mampu menjalankan tugas pengawas dengan baik.
  • Melibatkan ahli dengan aktiviti berfaedah semasa masa lapang mereka di sekolah. Menggunakan tenaga ahli untuk membangunkan infrastruktur dan keceriaan BOSS.

AKTIVITI-AKTIVITI AHLI KELAB

  • Penerimaan watikah perlantikan sebagai pengawas SPBT
 

 
  • Penglibatan dalam perlaksanaan program-program SPBT seperti Ops sikap, perihatin teks dan lestari SPBT
  • Pengindahan Taman dan Raudah SPBT
  • Melukis Mural
  • Mengemaskini bilik SPBT
  • Membaik pulih buku
  • Memproses buku yang baru tiba