SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum wm. wb. dan Salam sejahtera.

Saya merakam ucapan jutaan terima kasih dan syabas kepada Unit SPBT kerana berjaya mengendalikan Laman Web ini. Kepada pengunjung-pengunjung, saya ucapkan selamat datang dan merasa gembira apabila melayari laman ini. Semoga saudara saudari semua dapat mengenali Sekolah Kebangsaan Banang Jaya dan warganya dengan lebih dekat lagi. "Tak kenal maka tak cinta" dah kenal bertambah mesra. Apabila sudah saling kenal mengenal, maka lebih mudahlah untuk kita menyelesaikan banyak perkara dan permasalahan jika ada. Melalui perkongsian ilmu, pengetahuan, pengalaman, kemahiran juga kepakaran, kita akan buat banyak penambahbaikan untuk lebih keberkesanan terutama dalam hal-hal pembelajaran murid dan pengajaran guru.

Era Teknologi masa kini sangat banyak membantu, terutama kepada murid-murid dan ibu bapa di rumah. Proses pembelajaran bukan sahaja berlangsung di dalam bilik darjah, malah boleh berlaku secara tidak langsung di luar bilik darjah asalkan kita dapat mengakses maklumat yang begitu banyak tersebar secara meluas.

PIAGAM PELANGGAN





Kami Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Sekolah berusaha untuk:
1) Mengagihkan buku dengan lebih effisien
2) Memberi buku kepada yang layak secara adil.
3) Bersikap amanah dan bermaklumat terkini
4) Merancang aktiviti dengan cekap
5) Memberi layanan mesra kepada pelanggan
6) Memastikan bilik operasi dalam keadaan kemas, teratur dan bersih.